Anak ke dua dari tiga adik beradik dari pasangan Robert Jean Lewis dan Rinie Soejati ini dibesarkan dan tinggal agak lama di Belanda, menyelesaikan pendidikan formal hingga ke peringkat universiti di University of The Hague, Management and Law, The Netherlands. Gadis berdarah campuran Belanda dari belah ayahnya dan Magelang dari belah ibu ini mengatakan bahawa menyanyi awalnya hanya sebagai hobi saja.
Bakat menyanyi dan menulis yang dimiliki oleh Rebecca telah nampak sejak berusia 8 tahun. Ayahnya yang mempunyai hobi bermain muzik dan juga seorang pemain band, sangat mempengaruhi gaya muzik dan ayunan suara Rebecca sebagai seorang penyanyi. Namun Rebecca tak hanya percaya apa yang sudah ada pada dirinya selama ini, Ia pun mengasah bakat menyanyinya dengan mengikuti latihan vokal dan belajar di sekolah muzik di Belanda. Setelah melalui proses yang cukup panjang, akhirnya di akhir tahun 2006, pihak 88 music mengajak Rebecca untuk bekerjasama untuk melahirkan sebuah album.
Album pertama yang diterbit oleh DJ Sumantri di bawah label 88 music ini mempunyai 10 lagu yang banyak berceritakan tentang wanita dan cinta. Tema tersebut dilantunkan Rebecca dalam berbagai genre muzik seperti R&B, Jazz, Pop dan Rock. Single yang bertajuk TANPAMU menjadi lagu hits di dalam album ini, lagu ini telah masuk ke carta radio dan video klipnya yang selalu ditayangkan di TV di Indonesia. Kini Rebecca telah menyelesaikan video klip keduanya yang bertajuk MAAFKAN AKU MENCINTAI KEKASIHMU, yang digarap oleh Rio sebagai sutradara dalam pembuatan video klip kedua ini.